Kelainan ikan Mas peliharaan Ikan Mas

Pembiakkan terpilih selama berkurun-kurun telah menghasilkan beberapa kelainan warna, beberapa darinya telah berjaya menghilangkan warna keemasan dari ikan emas asal yang diternak. Baka baru ini juga memiliki bentuk badan, sirip dan mata yang berbeza. Beberapa baka baru yang ekstrem juga hanya boleh hidup dan dibiakkan di dalam akuarium. Kini, terdapat kira-kira 300 baka yang diakui di China.[4] Majoriti besar baka ikan Mas pada hari ini berasal dari China.[4] Beberapa baka yang terkenal adalah:

Ikan Emas BiasaMoor HitamMata Buih
Ikan Mas Biasa berbeza hanya dari segi warna berbanding dengan saudara terdekatnya, kap Prusia. Ikan Mas Biasa boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, oren/emas, putih, hitam dan kuning lemon.Moor Hitam adalah sejenis baka ikan mas hias dengan mata yang terkeluar dari tempatnya. Ia juga dikenali sebagai popeye, teleskop, kuro demekin di Jepun dan mata naga di China.Ikan emas ini memiliki mata yang mengarah ke atas. Matanya terkandung di dalam dua bebola cecair yang besar.
Mata CelestialKometEkor Kipas
Ikan Mas Mata Celestial memiliki ekor berkembar dan amat menyerupai dengan baka Mata Buih.Komet atau Ikan Mas ekor Komet adalah baka hias yang paling biasa di Amerika Syarikat. Ia sama dengan ikan Mas Biasa, kecuali memiliki saiz lebih kecil dan badan lebih kurus. Ia boleh dikenali oleh dengan ekor yang panjang dan ekor bercabang.Fail:Sarasa comet goldfish.jpgIkan Mas Ekor Kipas adalah bentuk barat bagi Ryukin dan memiliki badan berbentuk telur, satu sirip dorsal yang tinggi, satu sirip bercabang empat yang panjang. Ikan ini tidak memiliki bongkok di bahu.
Kepala SingaOrandaSisik Mutiara
Kepala Singa memiliki sebuah hud di atas kepalanya. Ikan ini merupakan pelopor bagi ranchu.Oranda memiliki dicirikan dengan kepala berhud menyerupai buah rasberi yang meliputi keseluruhan kepala kecuali mata dan mulut.Sisik Mutiara atau chinshurin dalam bahasa Jepun memiliki badan bulat dengan sirip menyerupai dengan ekor kipas.
PompomRyukinShubunkin
Pompoms atau hana fusa memiliki sepasang daging yang tumbuh di antara dua lubang hidungnya.Ryukin memiliki badan yang pendek, bulat dan bongkok di bahu.Shubunkins (朱文金) memiliki ekor tunggal dengan sisik berkilau dan corak dikenali sebagai calico.
Mata TeleskopRanchuPanda Moor
Mata Teleskop atau demekin boleh dikenali melalui matanya yang tersembul keluar. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan mas mata glob atau mata naga.Ranchu adalah sejenis ikan emas bertudung di kepalanya. Orang Jepun merujuk ikan ini sebagai "raja bagi ikan mas".Panda Moor memiliki ciri-ciri corak warna hitam dan putih dan mata yang menonjol keluar.
Ekor JarangEkor Rama-ramaMeteor
Ekor Jarang atau veiltail dikenali dengan ekor berkembar yang panjang dan jarang. Sirip ekornya seolah-olah menyerupai kain tudung jarang pengantin perempuan.Moor Ekor Rama-rama atau Teleskop Rama-rama merupakan sejenis baka berketurunan dari Mata Teleskop. Ia memiliki ekor berkembar dan cantik jika dilihat dari atas. Kembangan sirip ekornya menyerupai kepak rama-rama di dalam air.Ikan Mas Meteor adalah sejenis kelainan yang kelihatan aneh yang dibiakkan oleh pakar pembaka ikan mas hias. Ia tidak memiliki sirip ekor, yang mana namanya berasal.[5][6]
LionchuIkan TelurShukin
Lionchu atau Kepala Singa-Ranchu adalah sejenis ikan mas hias yang diterbitkan dari kacukan antara Kepala Singa dengan Ranchu.[7][8]Ikan Mas Ikan Telur merupakan pembiakan terpilih yang dilakukan oleh pakar pembaka ikan mas hias yang mana menghasilkan ikan tanpa sirip dorsal dan badan berbentuk telur.[9][10]Shukin adalah ikan mas menyerupai Ranchu yang terhasil dari kacukkan Ranchu dan Oranda pada akhir kurun ke-19 di Jepun.
Insang KeritingTamasabaTosakin
Ikan Mas Insang Keriting atau Insang Terbalik adalah salah lagi kelainan luar biasa yang dibiakkan oleh peminat ikan mas. Ia mendapat namanya dari rupa penutup insangnya yang terbalik.[5][11]Tamasaba atau Sabao sejenis kelainan ikan mas luar biasa berasal dari Jepun. Bentuk badannya menyerupai Ryukin dan ekor tunggal, beralun yang panjang menyerupai ikan mackerel, oleh itu nama lain ikan mas ini adalah Ekor Mackerel.Tosakin atau ikan mas ekor kipas keriting adalah baka ikan mas dengan sirip ekor yang besar yang mengembang secara mendatar (seperti sebuah kipas) di belakang ikan. Meskipun dari segi teknikalnya ia adalah ekor yang terbelah, kedua-duanya bercantum ditengah-tengah membentuk sepasang sirip tunggal.
WakinJikinMaharaja
Wakin adalah sejenis ikan mas biasa dengan ekor seperti Ekor Kipas dan bercabang. Ikan jenis ini merupakan ikan mas biasa dari Timur Jauh.Jikin juga dikenali sebagai ekor merak memiliki ekor bercabang dan berkembang ke arah luar. Ia merupakan salah satu jenis yang sukar dibiakkan untuk menepati standardnya. Ikan ini dibiakkan di Jepun berdasarkan jenis Wakin.Fail:Jikin goldfish.jpgImperial adalah sejenis ikan mas eksperimen yang luar biasa yang sedang dibiakkan oleh GSGB.Fail:Imperial goldfish.jpg

Rujukan

WikiPedia: Ikan Mas http://www.theprofishionals.com.au/NewFiles/autumn... http://www.hagen.com/usa/aquatic/more.cfm http://www.wetpetz.com/goldfish.htm http://web.archive.org/web/20050523192130/http://w... http://web.archive.org/web/20070926235837/http://w... http://web.archive.org/web/20070926235857/http://w... http://www.fishbase.org/Summary/SpeciesSummary.cfm... http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/england/devon/4... http://www.bristol-aquarists.org.uk/goldfish/goldf... http://www.bristol-aquarists.org.uk/goldfish/info/...